Dasyatnya hari kiamat dan Padang
Mahsyar
Gambaran Hari Qiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga,
seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yang lain. Selepas
itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yang tinggal dan akhirnya nyawanya
sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan
pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi
Maha Perkasa.” Ini menunjukkan
kebesaran & keagunganNya sebagai
Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal
Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata
tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih
anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi”
yang berada di hujung tulang belakang
mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yang kembang membesar
dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan
dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada
ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan
yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan
dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke
tempat perhimpunan besar. Bergeraklah
mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki
(bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia
sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,
matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah
dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih
kepada Allah SWT. Seluruh makhluk
terkejut melihat saiz malaikat yang
besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari
berada sejengkal dari atas kepala
mereka. Ulama berkata jika matahari
naik di bumi seperti keadaannya naik
dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai
menjadi kering. Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh
sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-
masing. Keadaan mereka berlanjutan
sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi
Muhammad SAW bernama Al-Kausar
yang mengandungi air yang hanya
dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan
dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus
selama-lamanya. Kolam ini berbentuk
segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan. Bau air kolam ini lebih
harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari
embun. Ia mempunyai saluran yang
mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya
matahari yang terik kecuali 7 golongan
yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada
perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan
masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah
dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita
berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan
bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian
mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu
di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara “pergilah
berjumpa dengan para Nabi”. Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi.
Pertama sekali kumpulan manusia ini
berjumpa dengan Nabi Adam tetapi
usaha mereka gagal kerana Nabi Adam
a.s menyatakan beliau juga ada
melakukan kesalahan dengan Allah
SWT. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa
a.s. (semuanya memberikan sebab
seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak
masa antara satu nabi dengan yang lain
adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT.
Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan
hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang
dipikul oleh 8 orang malaikat yang
sangat besar (besarnya sejarak
perjalanan 20 ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat
sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat
besar berbentuk kubah (bumbung bulat)
yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat
yang besar dan gagah. Dalam bahasa
mudah ia seumpama istana yang
mempunyai seribu bilik yang
menempatkan jutaan malaikat di
dalamnya. Ia dilingkungi embun yang
menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di
hadapan Arasy yang dipikul oleh 4
orang malaikat yang sangat besar. Saiz
kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama
cincin ditengah padang . Dalam bahasa
mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan
kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu
berterbanganlah kitab amalan masing-
masing turun dari bawah Arasy menuju
ke leher pemiliknya tanpa silap dan
tergantunglah ia sehingga mereka
dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan
ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut
Nabi dan pemimpin masing- masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama
pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri
untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah
umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan
yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali
diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak
dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan
dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan
mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar,
mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya
untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka
seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan
dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki
akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih
dan hujah tipuan. Semua akan di adili
oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah
Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari
makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas
hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di
akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di
Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam
syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang
mempunyai iman sebesar zarah dari
neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada
keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah
70 000. Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan
mula berjalan menuju syurga melintasi
jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang terbentang
dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang
dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata pedang. Bagi orang mukmin ia
akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan
di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun
mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada
makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin, menunggang binatang
korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak
dapat melepasinya disebabkan api
neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang
lalu. Setiap 1000 orang yang meniti
sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya
melepasinya. 999 orang akan terjatuh
ke dalam neraka