Assalamualaikum Saudara Saudari....
Hai Alls...
Tujuan Ana Ni Nak Berkongsi..
tadi Ada Yang Menanyakan..
Ini Jawapannya..
Wajib sekiranya sms itu diperlukan untuk menyelamatkan salah satu dari maqasid umum syariat, sunat sekiranya ia boleh mengurangkan mudharat dan menambah maslahat, harus sekiranya berkaitan dengan urusan seharian, makruh sekiranya tiada apa-apa urusan dan HARAM seandainya kearah maksiat.
Hukum lelaki dan wanita berhubung dalam apa jua medium sms, email, facebook, twitter, surat menyurat dan apa jua ruang maya atau realiti berdasarkan ayat alquran surah Al Ahzab ayat 32 maksudnya “Janganlah kamu melunakkan suara kamu (perempuan) takut didengari oleh orang yang di dalam hatinya ada penyakit…” jika melunakkan suarapun tidak dibenarkan apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan yang membangkitkan syahwat. Kemudian mari kita perhati pula hadis yang bermaksud “Janganlah lelaki dan wanita itu duduk berdua-duaan.” Maka dimana–manapun khalwah (berdua-duaan) itu dekat dengan syaitan.
Sebaik baik jalan adalah jauhkan. Sekiranya terdesak ringkaskan, sekiranya perlu dipanjangkan panjangkanlah sekadar keperluan bukan keinginan. Sekalipun ia tidak haram tetapi dikhuatiri ia membawa kepada yang haram.
Wallahu a’lam.
Kita Kongsi Ilmu Ini Untuk Anda Dan Saya Juga...
Wassalam :)