Thursday, 23 February 2012

Kisah Remaja Bercinta dalam Islam jarang dilakukan oleh Umat masa KIni

Kisah couple..
=========

A : Awak , boleh jadi awek saya ? Saya berkenan sgt lah kat awak . Bagi saya, awak perfect !

B : Ok , boleh je tade masalah . Couple ke ?

A : Err . kalo dah mintak jadi awek , maknanya couple la tu kan ?

B : Ok . Bila nak kahwin ?

A : Err . boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan , pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu . Dalam 3 tahun, insyaAllah .

B : Ok , kita putus sekarang gak .

A : Eh , kenapa ?

B : Tiga sebab :

Satu , awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah . Tiada jaminan awak takkan jumpa saya , sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan . Nanti ada yang terluka . Saya taknak hati saya terluka . Saya pun taknak hati awak terluka .

Dua , kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan ? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg betul2 bersedia zahir batin , agamanya , ekonominya wlpn tak kaya , dan dari banyak sudut . Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama .

Tiga , lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya . Sabar . Tahajjud byk2 . Istikharah rajin2 . Taubat selalu2 . Muhasabah sentiasa2 . Ubah slow2 . Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan , masa dan waktu . Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin . Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan . Hati wanita ni macam gelas kaca , mudah pecah . Bila dah terluka , susah nak rawat balik . Jangan ada niat nak kahwin je , tapi tindakan ke arah itu tidak ada . Boring . Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian . "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah ." No .

A : Em . tp sy tetap nak awak . Dh bertahun2 tunggu awk .

B : "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon ." Bila dah bersedia , cuba cari saya balik . Tapi ni bukan janji atau beri harapan . Jika sy masih blm berpunya , datang mintak dengan ayah mak terus . Bincang dengan dorang . Ok , saya letak tepon dulu . Salam .

A : Wslm .

(tut tut...)