Friday, 22 February 2013

Shisha 400 Lebih Bahaya Dari Merokok!!!









Assalamualaikum..
Ini Dia Ini Dia.. 
Entry Terbaru...
Jom Kita Baca..
From Utusan Malaysia..
From My Sister = Cahaya Berharga

Saja Nak Share....
Untuk Kebaikan Bersama...
Akhi Pun Selalu Nampak Bende Ni..'nak Tegau Dah Besakk...
So.. Hanya Mampu Melihat...
Kadangkala LAri DAri Tempat Macam Tu.....
Tak Selesa..
Ayuh Kita Baca....


Bersantai bersama teman-teman di restoren mamak mahupun di kafe pada waktu malam sambil menghisap shisha, bagaikan sudah menjadi kemestian dalam kalangan generasi muda hari ini.
Tradisi yang dibawa dari negara Asia Barat itu pada asalnya untuk menarik pelancong-pelancong Arab, kini menular pantas dan telah menjadi gaya hidup golongan belia.
Apatah lagi, jumlah bayaran yang biasa dikenakan antara RM10 dan RM15 dirasakan sangat memadai untuk mengisi masa terluang sambil berbual kosong melepaskan tekanan.
Nak tahu lebih lanjut mengenai shisha, jom ikuti info yang .com sediakan. @

Apa itu shisha???
Shisha adalah menghisap tembakau berperisa menggunakan 'paip' sebagai pengantara yang kebiasaannya datang dalam bentuk, saiz dan warana berbeza.
Asasnya struktur shisha terdiri daripada mangkuk seramik, badan (gasket), hos dan jar.
Pilihan perisa seperti anggur, strqwberi dan epal antara daya penarik tembakau manis yang juga dipanggil moassel semakin digilai dalam kalangan generasi muda.

Tahukah kamu
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), shisha dikatakan 400kali lebih berbahaya daripada rokok kerana mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam jumlah kepekatan lebih tinggi.

Bahaya
Tempoh purata untuk menghabiskan shisha adalah antara 45 minit hingga 1 jam bersamaan menghisap 50 hingga 70 batang rokok pada satu-satu masa.
Berbanding rokok, shisha menggunakan jumlah tembakau yang lebih banyak dan seterusnya, meningkatkan kandungan karbon monoksida, nikotin dan tar serta bahan kimia lain.
Penghisap shisha dianggarkan menyedut 0.15 hingga satu liter asap jika membuat 50 hingga 200 sedutan pada satu-satu masa.
Kanser mulut, paru-paru serta kecacatan janin antara risiko yang menanti peminat tegar shisha.
Malah, WHO juga melaporkan 17 peratus kes penyakit batuk kering dikaitkan dengan penggunaan shisha.
Selain itu, berkongsi paip shisha juga boleh menyebabkan jangkitan kuman serta berisiko penyakit batuk kering.

No comments:

Post a Comment